Pengenalan

Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan sejuk-beku seperti Doh Roti Canai, Roti Canai Segera, Murtabak Ayam dan Daging yang kini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.

Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk hasilan makanan sejuk-beku dengan bimbingan daripada pihak Jabatan Pertanian serta tempahan yang diterima pada mula secara kecil-kecilan dengan mengedarkannya hanya di sekitar kawasan Seremban kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius untuk mengembangkan perniagaan kami ini secara lebih global.

Sekarang premis perniagaan atau bengkel yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian terletak di kawasan Perusahaan Pemprosesan Makanan Sejuk Beku (Inkubator Pertanian) iaitu beralamat di Batu 10, Pusat Pertanian Labu, Jalan Seremban Labu, 71900 Labu, Negeri Sembilan.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, kami R Smart Niaga berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan